Kamis, 19 Juli 2007

ARTIKEL: APA SEBAB GUA BUAT BLOG NI?


ada sebab musababnya..bukan sengaja je gua nak
memenatkan diri dengan membuat blog ni..
daripada gua penat buat blog ni, baik gua buat batu
blok je buleh jugak gua buat rumah batu..
eh!terbuat kelakar bangang pulak gua, his malunya..
berbalik kepada cerita kita tadi, tujuan utamanya
gua buat blog ni sebab gua teringin nak kongsi
kerjaya gua ni dengan pembaca 'majalah Ujang'
ni iaitu korang..nak berkongsi macamana
maksud gua tu??..haa macam ni, mungkin korang
ada bakat melukis kartun ke..bakat menulis
cerita kelakar ke..atau mungkin korang ada
pengalaman seram ke, sedih ke, kelakar ke,
ngeri ke,apa ke lantak la tak kisah la..jadi buleh la
korang hantar kat gua dan buleh gua masuk
kat dalam blog gua ni..dapat la kita sama-sama
bertukar-tukar pengalaman, pendapat
atau sebagainya..kira blog gua ni macam khidmat
masyarakat la lebih kurang..dan bagi yang suka
melukis kartun tapi tak mendapat tempat kat
mana-mana penerbitan..haa kat sini korang buleh
mengasah bakat dan kalau kartun korang tu best
mungkin ada diantara penerbit yang berminat untuk
mengambik korang jadi kartunis diorang suatu
hari nanti..tapi apa-apa hal pun korang kena asah
dulu bakat korang tu..ye la mungkin selama ni korang
pernah hantar kartun kat mana-mana majalah
tapi takde siapa yang sudi terima kartun korang..
asyik kena rijek je..maka gua dengan senang
hati buleh terima kartun korang tu dan gua
akan cuba mengajar serba sedikit ilmu kartun
yang gua ada ni untuk membimbing korang
dan gua akan cuba jadikan korang seorang kartunis
yang berguna untuk agama,bangsa
dan negara..haa kan best tu.

haduii penatnya buat blog ni, sama penat
macam buat batu blok..tapi takpe demi kerana
pembaca 'majalah Ujang' gua rela memenatkan
diri bagi memudahkan korang mendapat
info terkini mengenai beliau ( majalah Ujang).



2 komentar:

shey mengatakan...

gua ikut kartun lu dipade remaja sampai la dah beranak pinak skang nih. Xpnah rase sket pon cam nak kutuk lu. Sebab sume pon kena ngan taste sense of humour gua. Bru tgk stroke idung kembang, badan melengkung, bersila cam ikat reben, dah bley wat gelak. Tu blom lg tgk muke kambing same cam org lagi tuh!! Stress camne pon ilang. Tengkiyu laa. Ni dah wat blog plak...lg la senang enjoy artwork lu. Bestest la lu!

guabawang mengatakan...

tengkiu la puji gua tapi nasib baik gua tak riak. terima kasih atas sokongan lu. tengkiu

----UNTUK GAMBAR YANG LEBIH JELAS DAN GAMBAR PENUH SILA KLIK PADA KARTUN
LIRIK LAGU YANG BENAR-BENAR MENGINSAFKAN
Camna la agaknya keadaan kita dalam kubur bila
kita mati nanti ye..mari la kita selalu renungkan..