Kamis, 19 Juli 2007

ARTIKEL: KELAKAR

JURUJUAL YANG MALANG

Seorang penjual 'vacum cleaner' menuju
ke sebuah rumah. Diketuknya
pintu depan. Belum sempat wanita tuan
rumah itu berkata sepatah pun, dia
menghamburkan segala macam kotoran
ke karpet ruang tamu."Puan, saya yakin
akan kemampuan mesin ini. Karpet ini akan
bersih kembali dalam sekelip mata.
Jika nanti masih ada kotoran yang
tertinggal, saya bersedia memakannya,"
kata jurujual dengan penuh yakin."
Kalau begitu," kata wanita tersebut,
"Mulailah makan. Rumah kami belum ada eletrik."
_______________________________________
RESTORAN ITALI
Seorang lelaki membawa isterinya ke sebuah
restoran Itali yang sangat terkenal.
Dia sendiri pun belum pernah masuk
sebelum ini.. tapi demi mengambil hati
isterinyanya.. dia memberanikan diri
untuk makan di restoran itu...Setelah mereka
duduk dan memakan anggur yang
disajikan.. si lelaki mengambil menu...
Kerana bingung melihat nama-nama
aneh masakan Itali.. dia memilih
sembarangan..."Waiter.. bawakan kami
makanan Giuseppe Spomdalucci untuk
2 orang" kata lelaki tadi.."Maaf.. encik"
jawab waiter"Itu nama pemilik restoran ini
________________________________________

KERETAPI EKSPRES

Tiga lelaki India dan tiga lelaki Pakistan melakukan
perjalanan ke pertandingan Kriket Dunia
di England dengan menggunakan
keretapi. Di stesen keretapi lelaki-lelaki
Pakistan telah membeli satu tiket setiap
seorang, tetapi tiga lelaki India hanya
membeli 1 tiket sahaja untuk mereka
bertiga."Macam mana kamu bertiga nak
naik keretapi sedangkan kamu beli
hanya satu tiket?" tanya salah seorang lelaki
Pakistan. "Lihat dan belajar", kata salah
seorang lelaki India.Mereka semua pun
menaiki keretapi. Lelaki Pakistan duduk
di kerusi yang telah di tetapkan sedangkan
ketiga-tiga lelaki India tersebut bersesak
masuk ke dalam sebuah tandas dan
menutup pintu tandas tersebut.Seketika
selepas keretapi bertolak, konduktor
keretapi pun datang untuk memungut tiket.
Dia mengetuk pintu tandas dan berkata
"Tolong bagi tiket". Pintu tandas
di buka sedikit sahaja, kelihatan sebelah
tangan menghulurkan tiket kepada
kunduktor. Konduktor mengambil tiket
tersebut dan berlalu. Ketiga-tiga lelaki
Pakistan melihat perlakuan tersebut dan
bersetuju bahawa idea lelaki-lelaki India
itu memang bijak.Jadi selapas perlawanan,
mereka bercadang untuk meniru idea lelaki-lelaki
India tersebut dan dapat menjimatkan wang.
Bila mereka tiba di stesen keretapi mereka
hanya membeli 1 tiket sahaja, tetapi yang
memeranjatkan mereka lelaki-lelaki India
langsung tidak membeli tiket!!!"Macam mana
kamu nak meneruskan perjalanan dengan
keretapi jika kamu tidak membeli tiket?"
tanya salah seorang lelaki Pakistan."Lihat dan belajar",
jawap lelaki India. Bila mereka menaiki keretapi
ketiga-tiga lelaki Pakistan bersesak di
dalam sebuah tandas kemudian lelaki-lelaki
India pula mengambil giliran bersesak di dalam
sebuah tandas lain yang berhampiran.
Keretapi pun bergerak memulakan
perjalanan.Seketika kemudian seorang dari
lelaki India keluar dari tandas dan berjalan
menuju ke tandas dimana lelaki Pakistan
sedang bersembunyi. Lelaki India tersebut
mengetuk pintu tandas dan berkata
"Tolong bagi tiket".Pintu tandas dibuka sedikit,
kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket.
Lelaki India tanpa berlengah mengambil tiket
tersebut dan terus pergi ke tandas tempat
di mana kawan-kawannya sedang menunggu.

6 komentar:

gayour mengatakan...

assalamualaikum koi ucapkan
tak sangka awok yang dah tua ada ati nak buat blog, nak lawan koi la tuuu. haiii.... tak bestnye koi tengok blog awok. buang masa koi betul! hina, buruk, huduh, tak lawok, primitif, kuno dan macam batu blok. kui!kui!kui!
sapa nak tengok blog yang hebat, ganas, kejam, sadis, menarik, cantik, comel, bejiwa remaja, terkini sila la ke blog gua ya - http://gayour.blogspot.com/
sori la koi gunakan blog awok sebagai tempat untuk promo blog koi. kui! kui! kui!

apapun koi ucapkan tahniah dan syabas la kat awok, walau dah tua tapi tetap bejiwa tua untuk membuat blog sendiri walaupun buruk. selamat merasa penat tak ingat nak mantain blog awok! hoh!

wasalam

guabawang mengatakan...

hangin tu memang la hangin dengan tuduhan yang gayour lemparkan tu,tapi walau gua masih remaja gua ni penyabar orangnya..hinsss.

manggis mengatakan...

ha ha kui...

shey mengatakan...

kowang sume pon bestest!!!

ijoi mengatakan...
Komentar ini telah dihapus oleh pengarang.
Kumprinx mengatakan...

gayour jeles tu...
haha..

----UNTUK GAMBAR YANG LEBIH JELAS DAN GAMBAR PENUH SILA KLIK PADA KARTUN
LIRIK LAGU YANG BENAR-BENAR MENGINSAFKAN
Camna la agaknya keadaan kita dalam kubur bila
kita mati nanti ye..mari la kita selalu renungkan..