Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah
untuk mengutip wang perlindungan dari peniaga.
Ini kerana pihak polis sering membuat intipan
dan tangkapan. Ketuanya mengambil seorang
bisu untuk mengutip wang tersebut.
Pada pendapatnya, tentulah polis sukar untuk
menyoal si bisu tersebut. Maka sibisu tersebut
pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi
RM50,000. Walaubagaimanapun, dia
menyembunyikan wang tersebut. Maka pada
hari yang telah ditetapkan, ketua gangster
mengarahkan orang-orangnya memanggil sibisu
tersebut. Apabila dipanggil, sibisu itu tidak dapat
berkomunikasi dengan mereka. Lalu mereka
pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa
isyarat. Gangster : Mana wang tu? Pakar
menunjukkan isyarat.. Sibisu menunjukkan
isyarat untuk "Aku tak tahu apa yang mereka
katakan." Pakar bahasa isyarat memberitahu
gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan
pistol ke arah kepala si bisu. Gangster : Aku akan
tembak kepala kau, bisu.. Sibisu menunjukkan
isyarat "Duit RM50000 tu aku telah sembunyikan
di taman Syahbandar dibawah kerusi yang ketiga
dari pintu masuk." Pakar bahasa pun berkata kepada
ketua gangster, "Dia tidak tahu dimana wang itu
dan kalau kau nak tembak-tembaklah..."
2 komentar:
koi jumpe awok nanti, siap la perut awok tu koi tumbuk! tak lawak langsung cerita kumpulan gangster awok ni! eeee... tensenye koi!
lantak la..lawak tak lawak tu masalah lain..janji cerita tu kelakar.
Posting Komentar