Senin, 30 Juli 2007

ARTIKEL: GANGSTER

Sekadar gambar takde kena-mengena dengan hiasan
Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah
untuk mengutip wang perlindungan dari peniaga.
Ini kerana pihak polis sering membuat intipan
dan tangkapan. Ketuanya mengambil seorang
bisu untuk mengutip wang tersebut.
Pada pendapatnya, tentulah polis sukar untuk
menyoal si bisu tersebut. Maka sibisu tersebut
pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi
RM50,000. Walaubagaimanapun, dia
menyembunyikan wang tersebut. Maka pada
hari yang telah ditetapkan, ketua gangster
mengarahkan orang-orangnya memanggil sibisu
tersebut. Apabila dipanggil, sibisu itu tidak dapat
berkomunikasi dengan mereka. Lalu mereka
pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa
isyarat. Gangster : Mana wang tu? Pakar
menunjukkan isyarat.. Sibisu menunjukkan
isyarat untuk "Aku tak tahu apa yang mereka
katakan." Pakar bahasa isyarat memberitahu
gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan
pistol ke arah kepala si bisu. Gangster : Aku akan
tembak kepala kau, bisu.. Sibisu menunjukkan
isyarat "Duit RM50000 tu aku telah sembunyikan
di taman Syahbandar dibawah kerusi yang ketiga
dari pintu masuk." Pakar bahasa pun berkata kepada
ketua gangster, "Dia tidak tahu dimana wang itu
dan kalau kau nak tembak-tembaklah..."

Jumat, 27 Juli 2007

ARTIKEL: ULASAN PRODUK


Bagi gua ni la produk yang paling gua respek sekali kat
dalam dunia ni..maunya tak respek, sebabnya
sesiapa saja yang belajar dari pakej buat
website ni, dalam beberapa hari je terus jadi terer
buat website..selama ni gua selalu terfikir camna
la agaknya orang buleh yang buat website yang
canggih-canggih tu? Klik sana klik sini keluar
macam-macam gambar kat website diorang..
Gua yang jahil bab benda cyber-cyber camni terus
rasa rendah diri bila memikirkan ‘tak mungkin gua
buleh jadi terer macam tu..dan gua rasa tak
mungkin gua akan pandai buat website sampai
bila-bila pun..’gua ni dah la tak pernah belajar
benda cyber camni..masa zaman gua sekolah dulu
pun belum ada lagi belajar kecanggihan teknologi
internet ni semua..walau pun gua amat berminat
dengan benda cyber macam ni, tapi gua rasa semuanya
itu hanya tinggal mimpi semata-mata tak mungkin
langsung gua akan dapat menguasai ilmu cyber
sebegini..tapi setelah bertemu dengan produk
buat website yang bertajuk ‘pakej webjualan
semudah A B C’ ni baru la gua sedar rupa-rupanya
anggapan negetif gua selama ni meleset sama sekali..
kerana gua baru sedar gua pun terer baca A B C
takkan la gua tak buleh buat wesite yang
semudah A B C tersebut..rupa-rupanya dengan
produk buat website ni kita pun buleh buat macamana
diorang buat..bukan setakat kita terer buat website
je kita jugak akan jadi terer buat borang pesanan
eletronik..buat autoresponder..buat program
affiliate..dan macam-macam lagi la keteraran
yang akan kita dapat..cara pengajaran dan bahasanya
pun mudah difahami..gua ni pulak tak terer bahasa
inggeris bila dah dapat cara dalam bahasa Malaysia
gua takkan lepaskan peluang..selama ni pun dah
banyak kedai buku gua pegi untuk cari buku cara
nak buat website bahasa Malaysia tapi susah
jumpa..bagi korang yang teringin nak buat
website sendiri atau nak berniaga kat internet gua
syorkan belajar je dari ‘pakej webjualan’
ni gua gerenti korang akan jadi terer..kalau nasib
baik ada pulak orang yang upah korang buat website
diorang pulak..masuk jugak duit..apa-apa hal pun
kalau korang nakkan info yang lebih jelas
klik kat sini!!

Pakej Web Jualan

Kamis, 19 Juli 2007

ARTIKEL: APA SEBAB GUA BUAT BLOG NI?


ada sebab musababnya..bukan sengaja je gua nak
memenatkan diri dengan membuat blog ni..
daripada gua penat buat blog ni, baik gua buat batu
blok je buleh jugak gua buat rumah batu..
eh!terbuat kelakar bangang pulak gua, his malunya..
berbalik kepada cerita kita tadi, tujuan utamanya
gua buat blog ni sebab gua teringin nak kongsi
kerjaya gua ni dengan pembaca 'majalah Ujang'
ni iaitu korang..nak berkongsi macamana
maksud gua tu??..haa macam ni, mungkin korang
ada bakat melukis kartun ke..bakat menulis
cerita kelakar ke..atau mungkin korang ada
pengalaman seram ke, sedih ke, kelakar ke,
ngeri ke,apa ke lantak la tak kisah la..jadi buleh la
korang hantar kat gua dan buleh gua masuk
kat dalam blog gua ni..dapat la kita sama-sama
bertukar-tukar pengalaman, pendapat
atau sebagainya..kira blog gua ni macam khidmat
masyarakat la lebih kurang..dan bagi yang suka
melukis kartun tapi tak mendapat tempat kat
mana-mana penerbitan..haa kat sini korang buleh
mengasah bakat dan kalau kartun korang tu best
mungkin ada diantara penerbit yang berminat untuk
mengambik korang jadi kartunis diorang suatu
hari nanti..tapi apa-apa hal pun korang kena asah
dulu bakat korang tu..ye la mungkin selama ni korang
pernah hantar kartun kat mana-mana majalah
tapi takde siapa yang sudi terima kartun korang..
asyik kena rijek je..maka gua dengan senang
hati buleh terima kartun korang tu dan gua
akan cuba mengajar serba sedikit ilmu kartun
yang gua ada ni untuk membimbing korang
dan gua akan cuba jadikan korang seorang kartunis
yang berguna untuk agama,bangsa
dan negara..haa kan best tu.

haduii penatnya buat blog ni, sama penat
macam buat batu blok..tapi takpe demi kerana
pembaca 'majalah Ujang' gua rela memenatkan
diri bagi memudahkan korang mendapat
info terkini mengenai beliau ( majalah Ujang).



ARTIKEL: KELAKAR

JURUJUAL YANG MALANG

Seorang penjual 'vacum cleaner' menuju
ke sebuah rumah. Diketuknya
pintu depan. Belum sempat wanita tuan
rumah itu berkata sepatah pun, dia
menghamburkan segala macam kotoran
ke karpet ruang tamu."Puan, saya yakin
akan kemampuan mesin ini. Karpet ini akan
bersih kembali dalam sekelip mata.
Jika nanti masih ada kotoran yang
tertinggal, saya bersedia memakannya,"
kata jurujual dengan penuh yakin."
Kalau begitu," kata wanita tersebut,
"Mulailah makan. Rumah kami belum ada eletrik."
_______________________________________
RESTORAN ITALI
Seorang lelaki membawa isterinya ke sebuah
restoran Itali yang sangat terkenal.
Dia sendiri pun belum pernah masuk
sebelum ini.. tapi demi mengambil hati
isterinyanya.. dia memberanikan diri
untuk makan di restoran itu...Setelah mereka
duduk dan memakan anggur yang
disajikan.. si lelaki mengambil menu...
Kerana bingung melihat nama-nama
aneh masakan Itali.. dia memilih
sembarangan..."Waiter.. bawakan kami
makanan Giuseppe Spomdalucci untuk
2 orang" kata lelaki tadi.."Maaf.. encik"
jawab waiter"Itu nama pemilik restoran ini
________________________________________

KERETAPI EKSPRES

Tiga lelaki India dan tiga lelaki Pakistan melakukan
perjalanan ke pertandingan Kriket Dunia
di England dengan menggunakan
keretapi. Di stesen keretapi lelaki-lelaki
Pakistan telah membeli satu tiket setiap
seorang, tetapi tiga lelaki India hanya
membeli 1 tiket sahaja untuk mereka
bertiga."Macam mana kamu bertiga nak
naik keretapi sedangkan kamu beli
hanya satu tiket?" tanya salah seorang lelaki
Pakistan. "Lihat dan belajar", kata salah
seorang lelaki India.Mereka semua pun
menaiki keretapi. Lelaki Pakistan duduk
di kerusi yang telah di tetapkan sedangkan
ketiga-tiga lelaki India tersebut bersesak
masuk ke dalam sebuah tandas dan
menutup pintu tandas tersebut.Seketika
selepas keretapi bertolak, konduktor
keretapi pun datang untuk memungut tiket.
Dia mengetuk pintu tandas dan berkata
"Tolong bagi tiket". Pintu tandas
di buka sedikit sahaja, kelihatan sebelah
tangan menghulurkan tiket kepada
kunduktor. Konduktor mengambil tiket
tersebut dan berlalu. Ketiga-tiga lelaki
Pakistan melihat perlakuan tersebut dan
bersetuju bahawa idea lelaki-lelaki India
itu memang bijak.Jadi selapas perlawanan,
mereka bercadang untuk meniru idea lelaki-lelaki
India tersebut dan dapat menjimatkan wang.
Bila mereka tiba di stesen keretapi mereka
hanya membeli 1 tiket sahaja, tetapi yang
memeranjatkan mereka lelaki-lelaki India
langsung tidak membeli tiket!!!"Macam mana
kamu nak meneruskan perjalanan dengan
keretapi jika kamu tidak membeli tiket?"
tanya salah seorang lelaki Pakistan."Lihat dan belajar",
jawap lelaki India. Bila mereka menaiki keretapi
ketiga-tiga lelaki Pakistan bersesak di
dalam sebuah tandas kemudian lelaki-lelaki
India pula mengambil giliran bersesak di dalam
sebuah tandas lain yang berhampiran.
Keretapi pun bergerak memulakan
perjalanan.Seketika kemudian seorang dari
lelaki India keluar dari tandas dan berjalan
menuju ke tandas dimana lelaki Pakistan
sedang bersembunyi. Lelaki India tersebut
mengetuk pintu tandas dan berkata
"Tolong bagi tiket".Pintu tandas dibuka sedikit,
kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket.
Lelaki India tanpa berlengah mengambil tiket
tersebut dan terus pergi ke tandas tempat
di mana kawan-kawannya sedang menunggu.

Rabu, 11 Juli 2007

ni salah satu kartun gua yang akan keluar kat majalah Ujang..best ke tak tau la, gua cuma buat yang


----UNTUK GAMBAR YANG LEBIH JELAS DAN GAMBAR PENUH SILA KLIK PADA KARTUN
LIRIK LAGU YANG BENAR-BENAR MENGINSAFKAN
Camna la agaknya keadaan kita dalam kubur bila
kita mati nanti ye..mari la kita selalu renungkan..