Jumat, 21 Maret 2008

ABOUT ME

Siapa Gua sebenarnya?
Haa..ni la gua nak cerita sikit ni darihal diri gua dan macamana gua boleh terlibat dengan dunia kartun ni..Sebenarnya dari dulu lagi gua nak bercerita darihal diri gua yang sebenar..tapi gua tak berkesempatan kerana gua sibuk dan masa tak mengizinkan. Dah setahun lebih ke atau dekat setahun ke gitulah blog gua ni dah berada diinternet, tapi masih tak setel jugak lagi gua nak menyetelkan isi kandungan blog ni..sebenarnya banyak perancangan yang nak gua buat kat blog ni tapi sampai sekarang semua ni tak menjadi kenyataan hingga la baru-baru ni gua ada sikit kelapangan untuk menulis dan melukis blog, dan mendapat sokongan dari beberapa pihak untuk meneruskan blog ni.

Siapakah nama sebenar gua?
Terus terang cakap la ye..nama sebenar gua ialah Shahrul Zaman Mohd Said

Berapa umur gua?
umur gua baru meningkat remaja lebih kurang 14 tahun aje

apakah hobi gua diwaktu lapang?
sebenarnya gua suka sangat bertukang..gua ni seorang tukang kayu sejati kalau gua bukan seorang kartunis..sebagai seorang tukang kayu gua suka bertukang benda-benda yang berasaskan kayu sahaja..iaitu tukang perabut dan bertukang rumah papan..kepada sesiapa yang teringin nak buat rumah papan gua buleh tukangkan..sekarang nak buat rumah papan lagi mahal dari buat rumah batu,sebab harga kayu jauh lebih mahal dari harga simen..tapi gua buleh buat rumah papan yang lebih murah dari rumah batu tapi mempunyai kualiti rumah papan yang kualitinya sama seperti rumah papan yang mahal. bukan riak ni,sekadar bagi tau,maksud gua daripada kita buat sesuatu tu dengan kos yang mahal lebih baik kita buat dengan menggunakan kos yang rendah tapi kualitinya tetap sama..betul tak..contoh macam baju la kita beli baju berjenama selai RM100 tapi bila pakai baru tergesel kat pintu pagar dah koyak..sedangkan baju yang kita beli longgok kat pasar malam tu baru RM1.00 tapi dah tujuh kali jatuh motor pun masih tak koyak-koyak lagi...tu maksud gua tadi biar murah tapi berkualiti. eh? apa gua melalut kesini pulak ni..ok takpe kita sambung lagi..

Apa cita-cita gua?
banyak sebenarnya cita-cita gua ni..tapi kebanyakannya dah jadi macam angan-angan je..tapi cita-cita gua yang satu ni memang gua teringin nak cuba jadikan kenyataan walau pun agak berat gua nak buat kerana kesuntukan masa..tapi gua akan cuba buat jugak..cita-cita tersebut ialah gua teringin nak buat majalah kartun online secara percuma..bila percuma semua orang boleh baca, orang kaya orang miskin, orang banyak duit, orang takde duit atau apa saja jenis orang la semuanya boleh baca majalah kartun online ni..kecuali orang utan je tak buleh baca..hekeleeehh terbuat kelakar samdol la pulak gua ni..tapi untuk memberi tumpuan sepenuh masa kat majalah online ni bukannya mudah disebabkan gua pun terpaksa menyiapkan kerja gua kat tempat gua bekerja..jadi untuk merialisasikan impian gua ni gua telah mendapat sokongan beberapa pihak untuk menjadi sponsor bagi menjayakan blog gua ni..dengan sponsor tersebut boleh la gua memberikan sepenuh masa kat majalah blog online gua ni disamping itu dapat la gua mengajak beberapa kartunis dan penulis untuk menjayakan majalah online ni..kepada anda yang berminat untu menjadi sponsor gua sangat alu-alukan bagi membantu kelancaran penerbitan majalah kartun online ni..syarat-syaratnya ada dibawah ADS SPONSOR atau terus email kat gua. tujuan gua buat majalah online ni bukan apa, sebab gua tengok ramai pelajar atau rakyat kita yang berada diluar negara teringin nak membaca bahan bacaan humor tempatan tapi tak kesampaian kerana sukar mendapatkannya dinegara asing. kalau diorang dapat pun terpaksa suruh kaum keluarga yang poskan ke sana. jadi dengan adanya majalah online ni, takde lagi masalah untuk diorang memiliki bahan bacaan humor kita disana. bukan itu saja malah penduduk dinegara jiran kita terutama indonesia pun berminat dengan kartun kita dan peluang untuk membaca majalah kartun online melayu ni dah tentu amat dinanti-nantikan oleh mereka. dengan jumlah pengguna internet yang berbilion orang ni pasaran majalah kita menjadi amat luas dan secara automatiknya sponsor kita dapat mempromosikan produk mereka keserata dunia dengan kos yang amat murah.

6 komentar:

Amiene Rev mengatakan...

Pakcik Bawang, benarkah Pakcik Bawang berusia 14 tahun. Sedangkan saya mengenali Pakcik Bawang semasa saya masih di sekolah rendah lagi?

Wah? Selangkah ke alam misteri betul!

Neko D. 13 mengatakan...

ya...saya benar2 setuju dengan kenyataan amiene rev itu...

Unknown mengatakan...

ye pakcik bawang say pon ingin join r majalah on line nie

erma_zahra mengatakan...

Dah lama takleh baca Ujang coz dah tinggal asing ngan my brother, selalunya dia yang sponsor.... bila nak wat majlah on line nie....

guabawang mengatakan...

memang umur gua 14 tahun masa tu..tapi sekarang dah berubah sikit.

|| A r a W a n i || mengatakan...

Hahahaha..
sangat sengal la adek bawang nih..
kenape adek bawang baru berusia 14 tahun ye?
sedangkan ahkak mula membaca majalah ujang ini semenjak ahkak berusia sama macam adek bawang..

memang selangkah ke alam meisteri bak kata amiena rev di atas..

apa rahsianya?

----UNTUK GAMBAR YANG LEBIH JELAS DAN GAMBAR PENUH SILA KLIK PADA KARTUN
LIRIK LAGU YANG BENAR-BENAR MENGINSAFKAN
Camna la agaknya keadaan kita dalam kubur bila
kita mati nanti ye..mari la kita selalu renungkan..